Program ‘Khidmat Komuniti MyAgeingâ„¢, Kami Prihatin’ (Bahagian I) | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing®)
» PUTRABAKTI » Program ‘Khidmat Komuniti MyAgeingâ„¢, Kami Prihatin’ (Bahagian I)

Program ‘Khidmat Komuniti MyAgeing™, Kami Prihatin’ (Bahagian I)


SERDANG, 8 Jun - Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) dengan kerjasama Pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit QKK 2101 Program Bakti Siswa Kumpulan 9 dan 12 di bawah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) mengadakan Program ‘Khidmat Komuniti MyAgeing™, Kami Prihatin’. Program ini berlangsung selama dua (2) hari bertempat di Kompleks MyAgeing™.

Program ini bertujuan untuk membantu mengurangkan beban kerja hakiki di samping memberi peluang kepada para pelajar untuk mengetahui lebih lanjut tentang program MyAgeingâ„¢. Sejajar dengan konsep Khidmat Komuniti, tanggungjawab dalam pembangunan masyarakat harus dilihat sebagai satu gerakan yang harus dimainkan oleh semua pihak.

Seramai 51 orang pelajar Bakti Siswa, dua (2) orang Fasilitator, staf MyAgeingâ„¢ beserta staf Pusat Pertanian Putra sama-sama berganding bahu bagi menjayakan aktiviti gotong-royong pada hari pertama. Sebanyak 10 buah kawasan telah dikenalpasti untuk dibersihkan iaitu depan pintu pagar utama / Tempat Letak Kereta bahagian depan, Tempat Letak Kereta OKU, tangga, Laman Kelulut, Taman Terapeutik, Aras 1, Aras 2, Aras 3 & 4, Rumah Bulat dan Sekitarnya (Susur Gajah) dan Rumah Kayu. Dr. Intan Sabrina tidak melepaskan peluang untuk berkongsi ilmu bersama para pelajar.

Sepanjang sehari aktiviti gotong-royong dijalankan, program ini telah berjaya dilaksanakan walaupun hujan turun seketika di waktu petang.






Date of Input: 12/06/2024 | lizamdnor

MEDIA SHARING

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
Z, (07:21:13pm-07:26:13pm, 05 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]