SERDANG, 16 Oktober - Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®) telah mengadakan Program Kelestarian Hijau iaitu penanaman nanas bagi menyahut Green Campus Universiti Putra Malaysia (UPM) dan keterjaminan makanan UPM.
Dalam Program Kelestarian Hijau ini, sebanyak 500 anak pokok nanas telah disumbangkan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. Sumbangan ini membolehkan peserta program iaitu warga emas daripada Persatuan University of the Third Age (U3A), staf MyAgeing® serta Puan Wan Suhana Wan Talib, Pegawai Pertanian dari Pusat Pertanian Putra UPM terlibat secara langsung dalam aktiviti penanaman nanas, yang merupakan sebahagian daripada usaha mempromosikan keterjaminan makanan.
Pengarah MyAgeing®, Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim berkata, projek penanaman nanas ini mempunyai potensi besar dalam memperkukuhkan hubungan industri serta menjana hasil intelek (IP) yang relevan untuk pertanian mesra warga emas dan pemakanan. Selain itu, MyAgeing® mengorak langkah ke arah membangunkan menu makanan berasaskan nanas yang dirumus khas untuk memenuhi keperluan pemakanan warga emas. Nanas adalah kaya dengan vitamin C dan serat, yang bermanfaat untuk kesihatan sistem pencernaan dan imuniti.
“Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) boleh difokuskan kepada teknik penanaman yang direka khas untuk warga emas, seperti penggunaan alat bantu atau kaedah berkebun yang mengurangkan keperluan tenaga fizikal. Ini boleh dijadikan IP yang bermanfaat bagi membangunkan produk dan perkhidmatan yang memudahkan aktiviti pertanian bagi warga emasâ€, katanya.
“Dengan menonjolkan aspek jaringan industri dan potensi IP - Panduan Penanaman, Nanas Warga Emas, projek ini dapat memberikan impak yang lebih besar kepada kelestarian makanan, pertanian, dan kesejahteraan warga emas di Malaysiaâ€, katanya lagi.
Ketua Laboratori Gerontologi Sosial, Dr. Puvaneswaran Kunasekaran, merangkap ketua projek ini berkata “melalui sokongan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, projek ini bukan sahaja memfokuskan kepada kelestarian alam sekitar, tetapi juga menyediakan peluang pembelajaran tentang teknik penanaman yang betul dan amalan pertanian lestariâ€.
“Penglibatan warga emas dalam usaha keterjaminan makanan di UPM menunjukkan komitmen mereka untuk menyokong inisiatif kelestarian dan keselamatan makanan. Penyertaan mereka bukan sahaja membantu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keterjaminan makanan, tetapi juga membuktikan bahawa warga emas boleh memainkan peranan aktif dalam menyokong usaha untuk meningkatkan hasil pertanian dan memastikan sumber makanan yang mencukupi untuk generasi akan datang. Melalui aktiviti seperti ini, warga emas bukan sahaja dapat menyumbang kepada komuniti tetapi juga memperkukuhkan semangat kerjasama dan kelestarian dalam kalangan semua peringkat umurâ€, katanya lagi.
Sementara itu, Pengarah MyAgeing®, Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim turut meluangkan masa bersama peserta bagi menjayakan program tanaman nanas ini. Beliau merupakan Pengarah MyAgeing® yang keempat sejak penubuhan Institut tahun 2002.
Date of Input: 01/11/2024 | lizamdnor

Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA