Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MyAgeing® 2025 | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing®) myageing
» NEWS » Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MyAgeing® 2025

Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MyAgeing® 2025

Serdang, 21 Mei – Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®) telah melaksanakan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 pada 20 dan 21 Mei 2025. Audit ini diadakan sebagai sebahagian daripada persediaan bagi pensijilan semula ISO serta usaha penambahbaikan berterusan terhadap sistem pengurusan kualiti institut.

Audit yang dijalankan dari jam 9 pagi hingga 5 petang ini telah diketuai oleh Ketua Juruaudit Puan Rahiza Abu Hanipah, Penolong Pendaftar Kanan, Pusat Asasi Sains, Universiti Putra Malaysia (ASPutra) yang meliputi skop Perkhidmatan Utama MyAgeing® iaitu Penyelidikan dan Pengajian Siswazah, serta Skop Sokongan yang berkaitan.

Pelaksanaan audit ini menunjukkan komitmen berterusan MyAgeing® terhadap budaya kerja berkualiti dan pematuhan kepada piawaian antarabangsa dalam mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan tadbir urus organisasi.


Date of Input: 22/05/2025 | Updated: 22/05/2025 | n_asyikin

MEDIA SHARING

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
X, (10:33:20am-10:38:20am, 09 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]