MyAgeing® Sertai Semarak Merdeka 2026 Kali Ketiga | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing®) myageing
» NEWS » MyAgeing® Sertai Semarak Merdeka 2026 Kali Ketiga

MyAgeing® Sertai Semarak Merdeka 2026 Kali Ketiga



SERDANG, 19 Ogos – Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®), Universiti Putra Malaysia (UPM) menyertai Semarak Merdeka 2026 buat kali ketiga menerusi Pertandingan Koir Inter-PTJ yang berlangsung pada 19 Ogos 2026.
 
Bagi edisi tahun ini, MyAgeing® bergabung tenaga bersama Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), Akademi Sukan serta Pusat Perhubungan Alumni UPM bagi membentuk satu pasukan yang mewakili gabungan empat Pusat Tanggungjawab (PTJ).
 
Gabungan empat PTJ itu mencerminkan semangat kerjasama dan kebersamaan warga UPM, selain menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara PTJ menerusi penglibatan dalam aktiviti sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2026.
 
Penyertaan MyAgeing® dalam Semarak Merdeka buat kali ketiga turut memperlihatkan komitmen warga institut dalam menyokong program universiti serta menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara.

Date of Input: 28/08/2026 | Updated: 28/08/2026 | lizamdnor

MEDIA SHARING

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
X, (07:36:50pm-07:41:50pm, 19 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]