MyAgeing® JADI PLATFORM PELAJAR UPNM KENALI DUNIA GERONTOLOGI | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing®) myageing
» NEWS » MyAgeing® JADI PLATFORM PELAJAR UPNM KENALI DUNIA GERONTOLOGI

MyAgeing® JADI PLATFORM PELAJAR UPNM KENALI DUNIA GERONTOLOGI

 
SERDANG, 26 Ogos - Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®), Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi platform penting bagi pelajar Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan (FPKP), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mendalami bidang gerontologi serta penyelidikan berkaitan penuaan.
 
 
Lawatan akademik tersebut disertai oleh 60 pelajar bersama dua orang pensyarah pengiring dan diketuai oleh Dr. Athirah Zafirah. Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai peranan institusi penyelidikan dalam bidang penuaan, kesihatan awam dan gerontologi.
 
Program dimulakan dengan taklimat pengenalan MyAgeing® yang disampaikan oleh Ketua Laboratori Gerontologi Perubatan dan Geronteknologi MyAgeing®, Dr. Nur Hafidah Ishak, yang berkongsi berkenaan fungsi institut khususnya dalam gerontologi perubatan serta geronteknologi.
 
Selain taklimat, para pelajar turut berpeluang menyertai demonstrasi Ageing Suit, iaitu sut simulasi khas yang memberi pengalaman langsung mengenai perubahan keupayaan fizikal serta keterbatasan pergerakan yang dialami individu apabila meningkat usia.
 
Rombongan turut dibawa meninjau kemudahan penyelidikan MyAgeing® seperti Makmal Alami, Makmal Ergonomik, Makmal Kefungsian Fizikal dan Makmal Rehabilitasi dengan penerangan terperinci oleh Ketua Unit Makmal dan Pegawai Penyelidik.
 
Pendedahan tersebut membantu para pelajar memahami kepentingan penyelidikan berimpak tinggi dan pendekatan multidisiplin dalam menangani cabaran masyarakat menua, di samping memperkenalkan peluang melanjutkan pengajian pascasiswazah dalam bidang gerontologi di MyAgeing®.

Date of Input: 28/08/2026 | Updated: 28/08/2026 | lizamdnor

MEDIA SHARING

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
X, (07:30:46am-07:35:46am, 10 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]