Audit Kendiri EKSA Mantapkan Pengurusan Zon MyAgeing® | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing®)
» NEWS » Audit Kendiri EKSA Mantapkan Pengurusan Zon MyAgeing®

Audit Kendiri EKSA Mantapkan Pengurusan Zon MyAgeing®

Serdang, 8 Mei - Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®) telah melaksanakan Audit Kendiri EKSA bagi lima zon utama di MyAgeing®. Audit kendiri ini bertujuan untuk memastikan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) terus diperkukuhkan selaras dengan piawaian kualiti yang ditetapkan. Aktiviti ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran warga MyAgeing® mengenai kepentingan persekitaran kerja yang bersih, teratur dan lestari.

Audit yang bermula pada jam 10.00 pagi ini melibatkan penilaian berdasarkan beberapa kategori pertandingan, iaitu Zon Terbaik, Ruang Kerja Terbaik, Makmal Terbaik dan Hasil Kreativiti Terbaik (Go Green). Tujuh orang juruaudit dalaman telah ditugaskan untuk membuat pemeriksaan dan penilaian secara menyeluruh bagi setiap zon, menggunakan Kriteria penilaian EKSA daripada Pusat Jaminan Kualiti UPM.

Menurut Penyelaras Jawatankuasa EKSA MyAgeing®, Nurul Asyikin, audit kendiri ini bukan sahaja memberi peluang kepada zon untuk menilai kekuatan masing-masing, tetapi juga sebagai ruang pembelajaran untuk meningkatkan amalan EKSA di tempat kerja. “Kita berharap audit silang ini dapat memberi impak positif dan menggalakkan kreativiti dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih hijau dan produktif,” katanya.

Date of Input: 09/05/2025 | Updated: 09/05/2025 | n_asyikin

MEDIA SHARING

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
F, (03:29:21pm-03:34:21pm, 06 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]