SERDANG, 11 Ogos - Pusat Pembangunan Akademik (CADe) telah mengadakan Bengkel Perancangan dan Pembangunan Kursus Micro-Credentials khusus untuk MyAgeing™. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef, Timbalan Pengarah Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (IPP) CADe serta dibantu oleh dua (2) orang fasilitator iaitu Pn. Arina Zafirah Zulkafli dan En. Muhammad Farhan Azmi.
Pihak MyAgeing™ sedang dalam proses membangunkan 4 Sijil Makro iaitu Sijil Makro Gerontologi, Sijil Makro Pengurusan Warga Emas, Sijil Makro Pendayaupayaan Kewangan Peribadi MyAgeing™ serta Sijil Makro Pembangunan Keusahawanan Mikro Industri Penuaan dan Pendayaan Usahawan Senior.
Di akhir bengkel ini, para peserta mendapat gambaran dan maklumat yang jelas dan terperinci berkenaan proses membangunkan kursus Micro-Credentials. Diharapkan dengan bantuan dan sokongan daripada pihak CADe, inisiatif pihak MyAgeing™ untuk menawarkan kursus Micro-Credentials ini dapat direalisasikan dalam tempoh yang ditetapkan.
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
Date of Input: 12/08/2022 | Updated: 12/08/2022 | ainulmardiyyah
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA