Kejohanan Putra I-Games UPM 2026 | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing®)
» NEWS » Kejohanan Putra I-Games UPM 2026

Kejohanan Putra I-Games UPM 2026

SERDANG, 13 Feb - Buat julung kalinya Kejohanan Putra I-Games UPM 2026 diadakan bagi merapatkan silaturrahim dalam kalangan ahli seluruh Institut di UPM. Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®) dan Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) yang mewakili Gabungan 3 telah digandingkan bagi menjayakan Sukan I-Games yang berlangsung baru-baru ini di Stadium UPM.

Sebanyak 12 acara telah dipertandingkan dalam kejohanan tersebut, antaranya Lari Berganti 8x50 meter, Penalti 5 Sebelah, Ping Pong Campuran, Bola Tampar Campuran, Badminton Campuran, Flip Bottle, Catur Campuran, Blindfold Challenge, Dart Lelaki, Tarik Tali Wanita, Tarik Tali Lelaki dan Fit Step. Secara keseluruhan, Gabungan 3 berjaya meraih tempat ketiga dalam kejohanan ini.

   

 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua staf MyAgeing® dan ITAFoS yang telah bertungkus lumus, menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi serta komitmen padu dalam menjayakan Sukan I-Games kali ini. Semoga semangat berpasukan dan kecemerlangan ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Untuk tatapan gambar selanjutnya, sila layari Facebook MyAgeing®.

 

 

 

Date of Input: 15/02/2026 | Updated: 16/02/2026 | lizamdnor

MEDIA SHARING

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
F, (03:29:21pm-03:34:21pm, 06 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]