Kunjungan Kelab Pesara Muslimah Selangor Ke MyAgeing™ | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing®) myageing
» NEWS » Kunjungan Kelab Pesara Muslimah Selangor ke MyAgeing™

Kunjungan Kelab Pesara Muslimah Selangor ke MyAgeing™


SERDANG, 30 Ogos 2024
 - Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™ï¸) telah menerima lawatan dari Kelab Pesara Muslimah Selangor. Lawatan ini telah disambut baik oleh Pengarah, Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim dan Penolong Pendaftar MyAgeing™ï¸, Pn. Askina Aziz.

 
Lawatan ringkas ini telah diketuai oleh Hajah Latiffah Sidek, Yang Dipertua Kelab Pesara Muslimah Selangor. Seramai 9 orang ahli dari kelab ini turut serta semasa lawatan ini.



Tujuan lawatan ini adalah untuk mengenalpasti aktiviti dan latihan yang bersesuaian serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh MyAgeing™ï¸ kepada warga emas. Para pelawat turut dibawa melawat sekitar MyAgeing™ï¸.

Sementara itu, Kelab Pesara Muslimah Selangor ini telah ditubuhkan pada tahun 2019. Persatuan ini mempunyai lebih 600 orang ahli yang terdiri daripada pesara kerajaan dan swasta.

Date of Input: 02/09/2024 | Updated: 03/09/2024 | lizamdnor

MEDIA SHARING

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
X, (05:39:09am-05:44:09am, 01 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]