![]() |
![]() |
SERDANG, 22 April - Hub Pendidikan dan Literasi Kewangan, MyAgeing™ (MyFiLE) telah menganjurkan Kursus ‘Introduction To Personal Financial Planning Towards Retirement Preparedness’ Siri I bertempat di Bilik Seminar, Hospital Serdang. Para peserta terdiri dalam kalangan Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan Hospital Serdang. Turut serta ialah Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma.
Objektif kursus ini ialah memberi pendedahan kepada peserta berkaitan pengetahuan dan kemahiran kewangan dalam kehidupan seharian. Pengisian program mengandungi aktiviti ceramah dan kajian kes. Para peserta telah dibahagikan kepada lima (5) kumpulan dan dikehendaki menyelesaikan kajian kes.
Secara keseluruhannya, para peserta memberikan komen yang positif kerana diberi peluang untuk menimba ilmu baharu berkaitan kewangan. Semoga kursus ini memberikan manfaat dan dipraktikkan oleh para peserta.
![]() |
![]() |
Date of Input: 23/04/2022 | Updated: 23/04/2022 | ainulmardiyyah
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA