Serdang, 25 September - Kursus Penggunaan Mesin Polysomnography telah diadakan pada 25 September 2024 bertempat di Makmal Alami, Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®). Kursus tersebut telah dikendalikan oleh Cik Jennifer Joanne dan Cik Nur Syamimi Syuhada dari Syarikat Dan Medik Sdn. Bhd dan telah disertai oleh 10 orang peserta yang terdiri daripada Ts. Dr. Mohd Nazim Mohtar, Ketua laboratori Gerontologi Perubatan dan Geronteknologi, MyAgeing®, Prof. Dr. Michael Ling King Hwa dan Prof. Madya Dr. Cheah Pike See Penyelidik dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Pegawai Penyelidik, Pegawai Sains dan Penolong Pegawai Sains dari MyAgeing®. Mesin ini boleh digunakan untuk mendiagnosis gangguan tidur. Ia merekodkan gelombang otak, paras oksigen dalam darah, kadar jantung dan pernafasan semasa tidur. Ia juga turut mengukur pergerakan mata dan kaki. Mesin ini juga boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan berkaitan dengan masalah tidur terutamanya dalam kalangan warga emas seperti apnea, gangguan sawan yang berkaitan dengan tidur, gangguan pergerakan berkaitan tidur dan gangguan tidur yang menyebabkan keletihan siang hari yang melampau.
Laporan disediakan oleh:

Siti Suhailah Abdullah
Pegawai Sains Kanan
Tel: +603 - 9769 2736
Faks: +603 - 9769 2744
E-mel: sue@upm.edu.my
Date of Input: 25/09/2024 |
Updated: 30/09/2024 | norhanika
MEDIA SHARING