Kursus Penjagaan Warga Emas (Sesi II) | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeingâ„¢)
» NEWS » Kursus Penjagaan Warga Emas (Sesi II)

Kursus Penjagaan Warga Emas (Sesi II)

Oleh: Ainul Mardiyyah Abdul Rahman

SERDANG, 26 Oktober - Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™), Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Kursus Penjagaan Warga Emas (Sesi I) kepada peserta yang berkhidmat sebagai “Makcik Travels”. Kursus ini telah berlangsung selama tiga (3) hari bertempat di Bilik Latihan, MyAgeing™ dan dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Latihan dan Sumber Pembelajaran (TERA). Seramai 13 orang peserta telah menyertai kursus ini serta turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MakCik Travels, Cik Siti Sarah Anuar dan Dr. Sazlina Kamaralzaman sebagai Penasihat.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam memberikan perkhidmatan penjagaan kepada warga emas di dalam negara. Kursus ini telah ditaja sepenuhnya oleh AirAsia Foundation. Kandungan kursus ini berpandukan modul Kursus Penjagaan Warga Emas MyAgeing™.

 

 

 

Pada hari pertama, para peserta dikehendaki menjawab soalan pra uji bagi menguji tahap pengetahuan peserta berkaitan warga emas. Aktiviti diteruskan dengan slot Ceramah 1 bertajuk ‘Pengenalan kepada penuaan dan masalah kesihatan warga emas’ telah disampaikan oleh Dr. Hakimah Sallehuddin. Pelbagai isu kesihatan warga emas telah dikongsikan bersama peserta. Seterusnya, slot ceramah 2 ‘Komunikasi berkesan dengan warga emas’ telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Zainal Madon. Cara penyampaian penceramah yang bersahaja membuatkan para peserta tidak kering gusi serta mudah difahami. Pada sebelah petang pula diteruskan dengan ceramah 3 ‘Pemakanan warga emas’ oleh Prof. Dr. Rosita Jamaluddin. Para peserta berpeluang menyediakan menu sihat seperti Pasta Sayuran (Summer Garden Pasta), Yong Tau Fu Taucu dan Sup Wonton.

Pada hari kedua, aktiviti disambung dengan ceramah 4 ‘Menangani isu mobiliti warga emas 1 &2’ oleh Dr. Hibatulllah Romli. Peserta dapat mengaplikasikan teknik-teknik pemindahan yang betul dan selamat serta dapat memahami tujuan mobiliti bagi warga emas. Ceramah 5 ‘Aktiviti harian warga emas dan penggunaan alat sokongan dan teknologi harian’ oleh Dr. Siti Noraini Asmuri. Seterusnya slot ceramah 6 ‘Pengambilan ubat-ubatan warga emas’ oleh Prof. Ching Siew Moi telah diadakan secara dalam talian. Topik ini sangat penting dan turut ditekankan kepada para peserta.

 

Pada hari terakhir, aktiviti diteruskan dengan ceramah 7 ‘Menangani masalah nyanyuk’ oleh Dr. Hakimah Sallehuddin. Topik ini sangat berkait rapat dengan warga emas. Ceramah 8 ‘Sighted-guide technique 1 & 2’ telah disampaikan oleh En. Mohd Wafi bin Mohammad. Sebagai penutup, para peserta diminta menjawab soalan pasca uji bagi mengakses pengetahuan peserta sepanjang menghadiri kursus ini.

Bagi yang berminat untuk menyertai kursus anjuran MyAgeing™, sila kemukakan permohonan ke alamat e-mel: myageing@upm.edu.my / dir.ippm@upm.edu.my.  

Date of Input: 28/10/2022 | Updated: 31/10/2022 | lizamdnor

MEDIA SHARING

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXDdUAm~