SERDANG, 28 Ogos - Unit Pengurusan Makmal, Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) telah menganjurkan Kursus Penuaan Anggun dan Sihat bertempat di Bilik Latihan 1 dan 2. Dengan matlamat untuk mendapat perkongsian ilmu dan kemahiran dalam konteks psikologi penjagaan diri bagi meningkatkan kualiti hidup wanita khususnya golongan warga emas , kursus ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan jumlah penyertaan seramai 34 orang. Para peserta adalah terdiri daripada ahli Persatuan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Putrajaya, University Of The Third Age Malaysia (U3A) dan Kelab Rukun Tetangga (KRT) Serdang yang berusia antara 47 hingga 74 tahun.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Antara pengisian yang menarik ialah ceramah psikologi bertajuk Penuaan Positif : Menginspirasi Kehidupan yang Bersemangat dan Bermakna. Ceramah disampaikan oleh Dr. Aini Azeqa Ma’rof, Ketua Laboratori, Institut Penyelidikan Sains Sosial (IPSAS), UPM yang juga merupakan pensyarah di Fakulti Ekologi Manusia (FEM), UPM. Slot kedua merupakan segmen Tatarias Wajah yang telah dikendalikan oleh Profesor Dr. Rozanah Ab Rahman, dari Sekolah Pengajian Ekonomi (SPE), UPM.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Semoga dengan kursus ini, Unit Pengurusan Makmal, Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) akan mencapai objektifnya untuk membantu warga emas menjaga kesihatan mental agar dapat meningkatkan kualiti hidup, meningkatkan penampilan diri dan berpengetahuan dalam cara berpakaian dan penjagaan diri yang betul bagi meningkatkan keyakinan diri.
Laporan disediakan oleh :

Nur Hidayah Tina Abdullah
Penolong Pegawai Sains
Tel: +603 - 9769 2754
Faks: +603 - 9769 2744
E-mel: nur_hidayah@upm.edu.my
Date of Input: 29/08/2024 | Updated: 29/08/2024 | norhanika

Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA