![]() |
![]() |
SERDANG, 9 April - Kursus 'Training of Trainers' (TOT) telah diadakan selama setengah hari bertempat di Bilik Latihan, MyAgeing. Seramai 10 orang peserta yang terdiri dalam kalangan bakal graduan CFP (Certified Financial Planners), UPM telah dijemput menghadiri kursus berkenaan.
Kaedah pembelajaran secara interaktif telah dilaksanakan seperti sesi ceramah, perbincangan kajian kes serta pembentangan dan ulasan kajian. Dua (2) orang penceramah iaitu Dr. Rajna Anthony, Ketua Unit Eksperimentasi Penjagaan Warga Emas dan PM. Dr. Husniyah A. Rahim, Pensyarah Fakulti Ekologi, UPM telah menyampaikan ceramah sepanjang kursus berkenaan.
Kursus TOT ini bertujuan untuk melatih peserta menjadi moderator bagi program pada masa akan datang.
Date of Input: 13/04/2022 | Updated: 22/04/2022 | ainulmardiyyah
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA