Latihan Industri Di MyAgeing® | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing®)
» NEWS » Latihan Industri di MyAgeing®

Latihan Industri di MyAgeing®

 

SERDANG, 6 Oktober 2024 – Seorang pelajar yang merupakan pelajar program Bacelor Komputer dan Sistem Komputer dengan Kepujian dari Fakulti kejuruteraan, UPM telah menamatkan Latihan Industri (LI) selama 10 minggu bermula 29 Julai 2024 hingga 6 Oktober 2024 di Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®) pada hari ini.

Warga MyAgeing® mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tian Lin yang telah menjalani LI di MyAgeing®. Beliau telah diberikan peluang dan pendedahan awal tentang situasi sebenar alam pekerjaan serta kemahiran-kemahiran penting yang dapat diterapkan pada masa hadapan.

Penyampaian sijil dan cenderamata pada hari terakhir telah disempurnakan oleh Pengarah MyAgeing®, Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim dan Ketua Laboratori Gerontologi Perubatan dan Geronteknologi, Ts. Dr. Nazim Mohtar.

Semoga terus maju jaya.

 

 

Date of Input: 07/10/2024 | Updated: 07/10/2024 | norhanika

MEDIA SHARING

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
W, (10:45:18am-10:50:18am, 19 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]