Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) MyAgeing® | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing®)
» NEWS » Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) MyAgeing®

Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) MyAgeing®

Serdang, 21 November – Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®), Universiti Putra Malaysia telah melaksanakan latihan pengungsian bangunan secara menyeluruh sebagai komitmen untuk melindungi bukan sahaja warga kerja dan pelawat, malah warga emas yang terlibat dalam aktiviti dan penyelidikan institut.

Seramai 40 peserta termasuk Pasukan Tindak Balas Kecemasan (ERT) terlibat dalam simulasi mangsa bagi menguji kecekapan pemindahan, pematuhan laluan keluar dan koordinasi pasukan di bawah pemantauan pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPM.

Latihan yang mencapai masa pengungsian ditetapkan ini menegaskan peranan MyAgeing® sebagai rujukan dalam mewujudkan persekitaran kerja dan penyelidikan yang mesra usia dan bersedia menghadapi kecemasan. Latihan berkala akan diteruskan bagi memastikan MyAgeing® kekal sebagai pusat yang selamat, dipercayai dan relevan dalam agenda penuaan sihat negara.

  

 

Date of Input: 24/11/2025 | Updated: 24/11/2025 | n_asyikin

MEDIA SHARING

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
X, (08:34:41pm-08:39:41pm, 21 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]