Lawatan Audit Negara Ke MyAgeing® | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing®)
» NEWS » Lawatan Audit Negara ke MyAgeing®

Lawatan Audit Negara ke MyAgeing®

 

 

Serdang, 24 September – Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®), Universiti Putra Malaysia telah menerima lawatan daripada tiga pegawai Jabatan Audit Negara bagi tujuan semakan alatan perolehan tahun 2024/RMK11.

Lawatan yang diketuai oleh Pn Noor Radiah Mohd Arippin, bersama Pn Lili Juliana Kamaruddin dan En Hizuan Kasim, memberi fokus kepada keberadaan serta penggunaan aset dan peralatan di setiap makmal serta lokasi berkaitan.

Hasil semakan mendapati semua aset yang disenaraikan berada dalam keadaan baik, lengkap dengan tanda pengenalan (barcode) dan rekod KEW.PA serta digunakan sepenuhnya mengikut fungsi masing-masing.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Audit Negara atas lawatan dan maklum balas yang diberikan. Diharapkan seluruh warga MyAgeing® akan terus melaksanakan pengurusan aset yang cekap dan teratur selaras dengan keperluan pematuhan serta tadbir urus yang baik.
 

 

Date of Input: 26/09/2025 | Updated: 26/09/2025 | n_asyikin

MEDIA SHARING

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
W, (12:41:02am-12:46:02am, 20 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]