SERDANG, 30 Mei- Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia telah menerima lawatan dari Lincoln University College. Lawatan ini telah di sambut oleh Ketua Laboratori Gerontologi Sosial, Dr. Puvaneswaran Kunasekaran serta pegawai MyAgeing. Lawatan dari Lincoln University College ini telah diketuai oleh Prof. Dr. Faridah Mohd Said.
Sementera itu, Kolej Universiti Lincoln (LUC), yang terletak di Petaling Jaya, Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 2002 sebagai Kolej Lincoln (LC) dan kemudiannya dinaik taraf kepada Kolej Universiti Lincoln pada tahun 2011. Kolej Universiti Lincoln merupakan salah satu institusi pengajian tinggi swasta yang terkemuka dan diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA- Lembaga Akreditasi Negara).
Date of Input: 12/06/2024 |
Updated: 12/06/2024 | lizamdnor
MEDIA SHARING