Serdang, 10 Julai - Bahagian Siswazah, Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeingTM) telah mengadakan Program PG- ResearchSupport@MyAgeing bertajuk Mastering Quantitative Research yang dijalankan pada 10 Julai 2024, jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Latihan, MyAgeingTM. Ceramah disampaikan oleh Dr. Aini Azeqa Ma’rof dari Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia.
PG-ResearchSupport@MyAgeing merupakan program inisiatif bagi memberi sokongan akademik kepada pelajar siswazah MyAgeingTM khususnya dan seluruh warga UPM amnya. Program ini memberi fokus kepada pengetahuan ilmu penyelidikan dan kemahiran metodologi penyelidikan. Program ini dibuka kepada semua yang berminat dan dijalankan secara percuma.
Ceramah diakhiri dengan sesi soal jawab ringkas untuk menjawab sebarang soalan dari perserta. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menghadiri dan menjayakan program di atas.
Date of Input: 15/07/2024 |
Updated: 15/07/2024 | norhanika
MEDIA SHARING