Mesyuarat Penyelarasan Majlis Perasmian Wakaf Pak Ngah Atan | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing®) myageing
» NEWS » Mesyuarat Penyelarasan Majlis Perasmian Wakaf Pak Ngah Atan

Mesyuarat Penyelarasan Majlis Perasmian Wakaf Pak Ngah Atan

SEREMBAN, 25 Jun - Mesyuarat Penyelarasan Majlis Perasmian Wakaf Pak Ngah Atan telah melibatkan tiga (3) organisasi iaitu pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), pihak Institut Penyelidikaan Penuaan Malaysia (MyAgeing™), Universiti Putra Malaysia dan pihak Pertubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE@MyAgeing) bertempat di Menara MAINS, Seremban. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tn. Hj. Norazman bin Amat, Pengarah Jabatan Wakaf dan Mal, MAINS.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan bagi membincangkan perjalanan program Majlis Perasmian Wakaf Pak Ngah Atan yang dijadualkan akan diadakan pada tahun 2024 ini. Di akhir mesyuarat, ahli telah mencapai kata sepakat dan gerak kerja akan dijalankan bagi memastikan majlis ini dapat berjalan seperti yang dirancang.

 

 

Date of Input: 26/06/2024 | Updated: 26/06/2024 | ainulmardiyyah

MEDIA SHARING

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
X, (03:39:47am-03:44:47am, 30 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]