MyAgeingâ„¢ Terima Kunjungan Istimewa Dari Jiran Indonesia | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeingâ„¢)
» NEWS » MyAgeingâ„¢ Terima Kunjungan Istimewa Dari Jiran Indonesia

MyAgeingâ„¢ Terima Kunjungan Istimewa Dari Jiran Indonesia

MyAgeing™ Terima Kunjungan Istimewa Dari Jiran Indonesia

SERDANG, 4 September - Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) telah menerima kunjungan istimewa pensyarah dan penyelidik seramai 6 orang dari Fakultas Kedoktoran, Universitas Sebelas Maret (UNS), Surakarta, Indonesia dengan diiringi oleh beberapa orang pensyarah dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UPM. Ketibaan mereka pada jam 3.00 petang telah disambut oleh pihak pengurusan dan pegawai MyAgeing™. Secara amnya, tujuan lawatan ini adalah sebahagian daripada program yang telah disusun oleh pihak FPSK untuk memperkasakan jalinan hubungan dua hala seperti yang tertera dalam Memorandum Persefahaman yang telah ditandatangani antara UPM dan UNS pada tahun 2022. Sejajar dengan persetujuan dan MoU yang telah diadakan, pelbagai aktiviti sedang dirancangkan bagi meneruskan kolaborasi ini bagi meningkatkan aktiviti pengantarabangsaan. Sesi penerangan berkaitan MyAgeing™ juga telah diadakan di samping pihak UNS juga turut berkongsi informasi yang sama.Sebagai penutup kunjungan, rombongan UNS turut dibawa melawat kompleks MyAgeing™ dan melihat dan mencuba kemudahan serta fasiliti yang ada. Ini memberikan mereka gambaran yang lebih baik tentang bagaimana MyAgeing™ menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup warga emas melalui penyelidikan dan inovasi dalam penjagaan kesihatan, sosial mahupun teknologi.

  

  

  

Laporan disediakan oleh:

Mohd Rizal Hussain
Pegawai Penyelidik Kanan
Tel: +603 - 9769 2737
Faks: +603 - 9769 2744
E-mel: mrizal@upm.edu.my

Date of Input: 05/09/2023 | Updated: 05/09/2023 | norhanika

MEDIA SHARING

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXFCPAl~