MyAgeingâ„¢ Terima Lawatan Dari PUSPANITA | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeingâ„¢)
» NEWS » MyAgeingâ„¢ terima lawatan dari PUSPANITA

MyAgeingâ„¢ terima lawatan dari PUSPANITA

 

SERDANG, 11 Januari – Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) telah menerima lawatan dari Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA). Seramai empat puluh satu (41) orang peserta hadir termasuk pengerusi cawangan PUSPANITA serta pegawai. Yang Dipertua PUSPANITA, Yang Berbahagia Puan Sri To’ Puan Seri Norizam Binti Che Mohd Nor turut hadir semasa lawatan ini.

Lawatan ini disambut oleh Timbalan Pengarah MyAgeing™, Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim. Ahli PUSPANITA turut diberi penerangkan berkaitan perkhidmatan yang MyAgeing™ tawarkan kepada komuniti dan fungsi MyAgeing™ kepada Negara khususnya kepada komuniti dan warga emas seterusnya mempersiapkan negara dalam menghadapi status Negara Tua pada tahun 2030.

Yang Dipertua serta ahli PUSPANITA turut dibawa melawat ke sekitar Kompleks MyAgeing™antaranya taman teraputik, dan dibawa mencuba peralatan-peralatan makmal seperti gim indoor dan outdoor. Para peserta menunjukan minat yang tinggi terhadap lawatan ini. Diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu memberi pemahaman kepada peserta berkenaan isu penuaan di Malaysia.

Turut hadir semasa lawatan Prof. Madya Dr. Zumilah Zainalaluddin (Ketua Laboratori Gerontologi Sosial), Prof. Madya Dr. Hayati Kadir@Sahar (Ketua Laboratori Gerontologi Perubatan dan Geronteknologi), Dr. Rajna Anthoni (Ketua Unit Eksperimentasi Penjagaan Warga Emas) yang merupakan barisan ahli pengurusan MyAgeing™, dan Mantan Pengarah MyAgeing™ Dato’ Dr. Tengku Aizan Hamid, kini merupakan Felo Penyelidik MyAgeing™.

Sementara itu, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA), telah dilancarkan dengan rasminya pada 1 Mac 1983 oleh Penaung PUSPANITA yang pertama, Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohd Ali.

Date of Input: 14/01/2023 | Updated: 16/01/2023 | lizamdnor

MEDIA SHARING

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXDdEAc~