Serdang, 15 Mei 2025 – Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melaksanakan Penilaian Peringkat Pertama EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) bertempat di Kompleks MyAgeing® pada 15 Mei 2025.
Penilaian ini dikendalikan oleh dua juruaudit dalaman UPM iaitu En. Aidi Asyraf Suhaimi dari Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) dan En. Shahrulnizar Nurhalim dari Akademi Sukan. Empat zon telah dinilai melibatkan keseluruhan bangunan dan persekitaran di MyAgeing®.
Sesi penutupan diadakan secara ringkas dengan kehadiran semua staf dan barisan pengurusan tertinggi termasuk Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Makmal Gerontologi Sosial dan pegawai-pegawai kanan. Pelaksanaan penilaian ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan institut dalam memperkukuh budaya kerja sistematik, inovatif dan mesra alam sejajar dengan prinsip EKSA. Penilaian ini juga adalah bersempena dengan Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja Tahun 2025/2026, serta menjadi platform untuk mengenal pasti pencapaian dan ruang penambahbaikan bagi meningkatkan lagi persekitaran kerja kondusif di MyAgeing®.
Penilaian Peringkat Kedua dan Audit Dalaman EKSA akan menyusul sebagai langkah penambahbaikan berterusan dan pemantapan amalan EKSA di MyAgeing®.
Date of Input: 22/05/2025 | Updated: 22/05/2025 | n_asyikin

Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA