Pertukaran MoU Antara UPM Dan Financial Planning Association Of Malaysia (FPAM) | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeingâ„¢)
» NEWS » Pertukaran MoU antara UPM dan Financial Planning Association of Malaysia (FPAM)

Pertukaran MoU antara UPM dan Financial Planning Association of Malaysia (FPAM)

SERDANG, 7 April 2021 – Sesi Pertukaran MoU antara UPM dan Financial Planning Association of Malaysia (FPAM) telah diadakan di Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™), UPM. Antara objektif MoU ini ialah menawarkan program profesional iaitu program Pensijilan Perancang Kewangan Bertauliah (Certified Financial Planner Certification) dan program Pensijilan Perancang Kewangan Bersekutu (Associate Financial Planner Certification) daripada FPAM.

Bagi tempoh tiga (3) tahun MoU ini, antara cadangan aktiviti pada masa akan datang ialah menjalin jaringan kerjasama dengan ‘Islamic Banking and Finance Institute Malaysia’ (IBFIM), PTJ lain di UPM seperti Fakulti Ekologi Manusia khususnya program Bacelor Pengajian Pengguna, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, dan Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) serta jalinan kerjasama dengan institusi luar.

Diharapkan dengan adanya MoU ini menjadi satu titik permulaan bagi kedua-dua pihak untuk menjalinkan kerjasama bagi tempoh 3 tahun akan datang.

 

 

Date of Input: 17/05/2021 | Updated: 17/05/2021 | ainulmardiyyah

MEDIA SHARING

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEUHAU~