Program 'Healthy & Active Ageing' | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeingâ„¢)
» NEWS » Program 'Healthy & Active Ageing'

Program 'Healthy & Active Ageing'

SEREMBAN, 24 September - Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (HTJS) dan Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) menganjurkan Program ‘Healthy and Active Ageing’ bertempat di Taman Malaysia, Seremban.

Program ini diadakan bersempena sambutan Hari Warga Emas dan Hari Alzheimer Sedunia. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban.

Antara objektif program ini diadakan seperti berikut:

  1. Menambah pemahaman tentang penuaan sihat dan aktif serta masalah kesihatan mental dalam kalangan warga emas.
  2. Memperkasakan golongan warga emas mempraktikkan penuaan aktif dan sihat ke arah kesejahteraan hidup pada usia emas.

 

Kumpulan sasaran adalah orang awam (warga emas dan keluarga). Program ini telah dihadiri oleh peserta dari Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu PAWE@MyAgeing, PAWE Sikamat, Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia dan Persatuan Usiamas Negeri Sembilan.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan sepanjang program ini berlangsung. Antaranya termasuklah aktiviti Senam Aerobik, aktiviti Memory Walk, Program Bersama Orang Awam ‘Healthy & Active Ageing’ (Rehabilitasi, Kesihatan Mental & Nutrisi), Cabutan Bertuah, Kuiz Memory Walk, Saringan Kognitif dan Kesihatan Mental, Saringan Kesihatan Awam dan Pameran.

 

Date of Input: 25/09/2022 | Updated: 25/09/2022 | ainulmardiyyah

MEDIA SHARING

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXETWAA~