Program ‘Khidmat Komuniti MyAgeing™, Kami Prihatin’ (Bahagian II) | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing®)
» NEWS » Program ‘Khidmat Komuniti MyAgeing™, Kami Prihatin’ (Bahagian II)

Program ‘Khidmat Komuniti MyAgeing™, Kami Prihatin’ (Bahagian II)

SERDANG, 9 Jun - Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) dengan kerjasama Pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit QKK 2101 Program Bakti Siswa Kumpulan 9 dan 12 di bawah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) mengadakan Program ‘Khidmat Komuniti MyAgeing™, Kami Prihatin’.

Pada hari kedua telah berlangsung Slot Perkongsian Nutrisi Sihat oleh En. Valentine, Penolong Pengurus One Goal Malaysia, World Vision Malaysia. Program diteruskan dengan Slot Pembuatan Sabun oleh sekumpulan pelajar Bakti Siswa. Kedua-dua slot ini turut dihadiri oleh ahli-ahli dari University of the Third Age, Malaysia. Para peserta sangat bertuah kerana diberikan pinggan dan sabun sebagai tanda kenangan.

 

 

Pada sebelah petang diadakan Majlis Penutupan yang disempurnakan oleh YBrs. En. Fahmi Azhar Mistar iaitu Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar, UPM. Para pelajar turut menyediakan tayangan video montaj aktiviti gotong-royong. Aktiviti diteruskan dengan persembahan 'We Love UPM' oleh pelajar Bakti Siswa.

 

 

Secara keseluruhan, pelaksanaan program ini amat bermanfaat kepada para pelajar bagi mempelajari pengurusan sesuatu program serta penglibatan diri dalam aktiviti komuniti setempat.

Date of Input: 10/06/2024 | Updated: 04/09/2024 | ainulmardiyyah

MEDIA SHARING

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
X, (09:14:17pm-09:19:17pm, 21 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]