Program “Monitoring Muscle, Empowering Aging” | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing®)
» NEWS » Program “Monitoring Muscle, Empowering Aging”

Program “Monitoring Muscle, Empowering Aging”

Serdang, 1 April – Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®ï¸), UPM telah menganjurkan program “Monitoring Muscle, Empowering Aging” dari jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang bertempat di bilik latihan MyAgeing®ï¸, dengan penyertaan seramai 26 orang warga emas berumur antara 60 hingga 80 tahun.

Sesi ceramah yang disampaikan oleh Prof. Dr. Chan Yoke Mun bertajuk “From Plate to Power: Building Stronger Muscles” memberi penekanan kepada kepentingan pemakanan seimbang dalam membina dan mengekalkan kekuatan otot sebagai asas kepada penuaan sihat dan aktif.
Program ini turut merangkumi sesi soal jawab interaktif serta saringan kesihatan percuma yang meliputi penilaian komposisi badan, kekuatan otot, prestasi fizikal serta penilaian pemakanan bersama konsultasi ringkas.

Melalui program ini, peserta dapat memahami status komposisi otot dan lemak badan, mengenal pasti risiko sarkopenia serta memperoleh panduan pemakanan yang lebih tepat dan praktikal. Inisiatif ini selaras dengan usaha memperkasa warga emas ke arah kehidupan yang lebih sihat, aktif dan berkualiti.

 

Date of Input: 01/04/2026 | Updated: 01/04/2026 | n_asyikin

MEDIA SHARING

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
F, (07:33:37pm-07:38:37pm, 03 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]