Program “Otot Yang Kuat,Diri Yang Lebih Kuat” Oleh Prof. Dr. Chan Yoke Mun | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing®)
» NEWS » Program “Otot Yang Kuat,Diri Yang Lebih Kuat” Oleh Prof. Dr. Chan Yoke Mun

Program “Otot Yang Kuat,Diri Yang Lebih Kuat” Oleh Prof. Dr. Chan Yoke Mun

Serdang, 11 Mac – Jawatankuasa Latihan dan Sumber Pembelajaran (TERA), MyAgeing® telah menganjurkan program "Otot Yang Kuat, Diri Yang Lebih Kuat" yang disampaikan oleh Prof. Dr. Chan Yoke Mun, Ketua Program Gerontologi Perubatan di Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®). Seramai 72 peserta telah terlibat dalam program ini.

Topik utama ceramah adalah mengenai sarkopenia, iaitu kehilangan jisim otot yang berlaku seiring penuaan, terutama dalam kalangan warga emas. Prof. Dr. Chan menerangkan dua kategori sarkopenia: faktor yang boleh diubah (seperti diet tidak seimbang, kekurangan aktiviti fizikal, dan kurang pendedahan cahaya matahari) dan faktor yang tidak boleh diubah (seperti penuaan semula jadi dan pengambilan pelbagai ubat).

Program seperti ini bermanfaat kepada warga emas untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya menjaga kesihatan otot melalui pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal, dan pendedahan kepada cahaya matahari yang mencukupi . Dengan menyertai program seperti ini, warga emas dapat memahami langkah-langkah pencegahan sarkopenia dan meningkatkan kualiti hidup mereka melalui gaya hidup yang lebih aktif dan sihat. Di samping itu, mereka juga menjalani saringan kesihatan bagi mengetahui tahap kesihatan fizikal dan risiko sarkopenia.

Bagi mereka yang ingin memperkukuhkan kepakaran mereka, kami mengalu-alukan permohonan untuk menyertai kursus yang dianjurkan oleh MyAgeing® dan boleh e-mel kepada tera.myageing@upm.edu.my / myageing@upm.edu.my / dir.ippm@upm.edu.my.

Date of Input: 11/03/2025 | Updated: 11/03/2025 | n_asyikin

MEDIA SHARING

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
X, (01:18:35pm-01:23:35pm, 13 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]