Seminar Research Proposal Semester 1, 2025/2026 | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing®)
» NEWS » Seminar Research Proposal Semester 1, 2025/2026

Seminar Research Proposal Semester 1, 2025/2026

SERDANG, 30 Januari - MyAgeing®ï¸ telah menganjurkan Sesi Pembentangan Postgraduate Seminar Research Proposal bagi Semester Pertama Sesi Akademik 2025/2026 pada jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Bilik Mesyuarat MyAgeing®ï¸, Tingkat 3.
Pembentang, Mr. Awo Chinedu Godwin, merupakan pelajar antarabangsa program pengajian Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Gerontologi Perubatan di MyAgeing®ï¸, telah menyampaikan pembentangan cadangan penyelidikan beliau pada sesi tersebut.
Selain kehadiran pelajar siswazah, sesi pembentangan ini turut dihadiri oleh ahli jawatankuasa penyeliaan tesis serta para penilai, yang memainkan peranan penting dalam proses penilaian dan pemberian markah kepada pelajar.
Di samping pemberian markah penilaian, pandangan dan cadangan yang dikemukakan oleh para penilai amat bermakna dalam membantu pelajar menambah baik penyelidikan serta melaksanakan pengajian dengan lebih cemerlang.
 
 
Dilaporkan oleh:

 

Nur Azilah Binti Abd Aziz
Setiausaha Pejabat
Tel: +603 - 9769 2751
Faks: +603 - 9769 2744
E-mel: nurazilah@upm.edu.my

Date of Input: 03/02/2026 | Updated: 03/02/2026 | norhanika

MEDIA SHARING

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
Z, (04:39:43am-04:44:43am, 02 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]