Serdang, 5 Julai 2024 – MyAgeing™ telah menganjurkan Sesi Bedah Buku siri pertama pada hari ini, Jumaat, jam 10.30 pagi di Sudut Read@MyAgeing.
Sesi ini disampaikan oleh Puan Dalina Kamarudin, Penolong Pendaftar Kanan MyAgeing™ yang mengupas buku berjudul Semua yang Sesak, Akan Perlahan Reda karya Syaari Ab Rahman. Program ini telah menarik minat ramai ahli institut dan dijalankan dalam suasana santai di ruang sudut bacaan MyAgeing™.
Objektif utama program ini adalah untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan warga MyAgeing™ serta memberi manfaat melalui pembelajaran dan perbincangan yang diadakan.
Diharapkan sesi seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memupuk minat membaca dan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam kalangan warga MyAgeing™.
Date of Input: 05/07/2024 | Updated: 05/07/2024 | n_asyikin

Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA