The Malaysian Journal of Ageing Studies (MJAS)
Serdang, 4 Jun 2024 - Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™), Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Bengkel Penulisan di bawah kelolaan The Malaysian Journal of Ageing Studies (MJAS) pada 4 Jun 2024 bertempat di Bilik Latihan 1& 2 MyAgeing™. Bengkel ini telah disampaikan oleh Dr. Puvaneswaran a/l Kunasekaran selaku Executive Editor, MJAS. Seramai 20 orang pelajar siswazah dari dalam dan luar UPM telah menghadiri bengkel ini.
Tujuan bengkel ini adalah untuk mempromosi The Malaysian Journal of Ageing Studies (MJAS) yang telah diterbitkan oleh Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™), Universiti Putra Malaysia dan memberi panduan kaedah penyediaan manuskrip, pemilihan jurnal serta cara menjawab komen daripada editor jurnal.

Date of Input: 04/06/2024 | Updated: 21/06/2024 | norhanika

Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA