Webinar Kecukupan Simpanan Untuk Persaraan : Konsep Simpanan Asas | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeingâ„¢)
» NEWS » Webinar Kecukupan Simpanan Untuk Persaraan : Konsep Simpanan Asas

Webinar Kecukupan Simpanan Untuk Persaraan : Konsep Simpanan Asas

Serdang, 27 September - Jawatankuasa Latihan dan Sumber Pembelajaran (TERA), MyAgeing™ telah menganjurkan webinar yang bertajuk Kecukupan Simpanan Untuk Persaraan : Konsep Simpanan Asas. Webinar ini telah disampaikan oleh Puan Ida Izwah Mohd Sharif, Ketua, Khidmat Nasihat Persaraan, KWSP Kajang.

 

Seramai 97 peserta dalam kalangan staf UPM dan orang awam telah mendengar perkongsian mengenai cabaran-cabaran yang berkaitan dengan perancangan kewangan dan persaraan dalam konteks Malaysia. Seterusnya peserta diberi penekanan mengenai konsep dan kepentingan simpanan asas dalam KWSP untuk memastikan persediaan yang mencukupi sebelum mencapai usia persaraan. Peserta juga didedahkan dengan panduan untuk menentukan simpanan minimum yang diperlukan untuk membiayai keperluan asas persaraan mereka agar mencukupi untuk kehidupan semasa bersara yang selesa . Selain itu peserta diberi penerangan mengenai pelaburan dan simpanan sebagai sumber kewangan alternatif untuk persaraan.

 

Dalam pada itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah tabung simpanan persaraan tertua dan terbesar di dunia, ditubuhkan pada tahun 1951. KWSP bertujuan membantu tenaga kerja Malaysia menabung untuk persaraan mereka sesuai dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991. Dalam usaha meningkatkan tahap perkhidmatan kepada ahli, KWSP telah melaksanakan program taklimat untuk membantu ahli memahami konsep persaraan dan perancangan kewangan yang mampan.

 

Date of Input: 04/10/2023 | Updated: 04/10/2023 | norhanika

MEDIA SHARING

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXFCVAf~