Workshop On Research Design: Case Study | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing®)
» NEWS » Workshop on Research Design: Case Study

Workshop on Research Design: Case Study

SERDANG, 24 Jun – Jawatankuasa Latihan dan Sumber Pembelajaran (TERA), Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®ï¸), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Kursus Reka Bentuk Penyelidikan: Kajian Kes (Research Design: Case Study).

Kursus ini telah disampaikan oleh Dr. AsnarulKhadi Abu Samah, Felo Perunding MyAgeing®ï¸ yang mempunyai pengalaman luas dalam penyelidikan sains sosial dan juga pakar dalam bidang pembangunan komuniti . Seramai 13 orang peserta, terdiri daripada kakitangan akademik dan pelajar siswazah UPM, telah menyertai kursus ini.

Objektif utama kursus adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai prinsip asas dan aplikasi reka bentuk kajian kes dalam penyelidikan kualitatif. Fokus diberikan kepada aspek penting seperti justifikasi pemilihan pendekatan kajian kes, jenis-jenis reka bentuk kajian yang sesuai, kriteria pemilihan kes, strategi pengumpulan data yang menyeluruh serta kaedah analisis dan pembentangan dapatan secara sistematik dan kontekstual.

Sepanjang sesi yang dijalankan secara interaktif, para peserta turut berpeluang membincangkan beberapa topik kajian kes berpotensi khususnya berkaitan pembangunan komuniti dan kesejahteraan sosial termasuklah isu penderaan dalam kalangan warga emas di Malaysia, tekanan emosi yang dialami pesakit tahap akhir serta pengalaman penjaga kepada individu kelainan upaya dan warga emas yang terlantar. Perbincangan tersebut telah membuka ruang refleksi kritikal terhadap isu-isu sosial yang kompleks dan memperkukuh pemahaman peserta dalam meneroka penyelesaian berasaskan komuniti.

Kursus ini turut memberi peluang kepada peserta untuk membina rangka kajian kes yang sesuai dengan bidang masing-masing, sejajar dengan misi MyAgeing®ï¸ untuk memperkasa penyelidikan yang menyokong penuaan aktif dan pembangunan komuniti inklusif di Malaysia. Sebarang pertanyaan atau permohonan untuk menyertai kursus yang akan datang boleh dikemukakan melalui e-mel rasmi: tera.myageing@upm.edu.my.

Date of Input: 25/06/2025 | Updated: 25/06/2025 | n_asyikin

MEDIA SHARING

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
X, (05:18:42am-05:23:42am, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]