Tajuk Acara
Kursus Asas Pertolongan Cemas dan CPR
Tarikh
05 May 2026 - 06 May 2026
Lokasi
Bilik Seminar Pusat Kesihatan Universiti
Ringkasan Acara
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak MyAgeing® akan menganjurkan Kursus Asas Pertolongan Cemas & CPR seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 5 & 6 Mei 2026
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Bilik Seminar, Pusat Kesihatan Universiti UPM
Sehubungan itu, semua staf MyAgeing® dijemput untuk menyertai kursus ini yang bertujuan memberikan pendedahan serta kemahiran asas dalam pengendalian situasi kecemasan, termasuk latihan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) bagi dewasa dan bayi.
Penyertaan YBhg. Prof./YBrs. Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan amat digalakkan bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan keselamatan di tempat kerja.
Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof./YBrs. Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Kemaskini:: 30/04/2026 [norhanika]
PERKONGSIAN MEDIA