Bengkel Pengenalan Pengurusan Kewangan | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing)
» ACTIVITIES » Dr. Joanne Yeoh Pei Sze, was selected as the winner of the Artistic and Creativi

Event Title
Bengkel Pengenalan Pengurusan Kewangan
Date
14 Nov 2018 - 14 Nov 2018
Time
08.30 - 04.30
Location
Seminar Room, MyAgeing
Event Summary
Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) akan menganjurkan Bengkel Pengenalan Pengurusan Kewangan bertujuan mempelajari tip menguruskan perbelanjaan keluarga untuk mencapai imbangan perbelanjaan semasa dan masa depan. Bengkel ini juga dijangka dapat membantu peserta mendapat kemahiran menentukan kedudukan dan matlamat kewangan keluarga serta memahami langkah dan kaedah menguruskan kewangan keluarga. Sehubungan itu, Unit Latihan dan Sumber Pembelajaran (TERA), IPPM amat berbesar hati untuk menawarkan kursus tersebut kepada staf di PTJ/Organisasi Tuan/Puan sebagaimana butiran berikut: Nama Kursus : Bengkel Pengenalan Pengurusan Kewangan Tarikh : 14 November 2018 (RABU) Tempat : Bilik Seminar, IPPM Masa : 8.00 pagi – 4.30 Petang Yuran : RM80 Bengkel ini akan dikendalikan oleh pakar dalam bidang ekonomi keluarga yang telah banyak menjalankan penyelidikan serta kerja perundingan dalam bidang ekonomi keluarga dan pengguna. Sesi bengkel akan dijalankan secara interaktif untuk membolehkan peserta mendapat faedah yang optima. Penglibatan aktif peserta dalam bengkel amat diperlukan. Bersama-sama ini dilampirkan poster untuk perhatian tuan/puan. Kepada yang berminat, boleh mendaftar segera kerana tempat adalah terhad. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-89472739/2752/1473 (Siti Aisyah/Hairuniza/Saleha).

Updated:: 23/10/2018 [norhanika]

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
C1569153389