Audit Pemantauan Semakan 1 QMS MS ISO 9001:2015 Di MyAgeing® | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®) myageing
» BERITA » Audit Pemantauan Semakan 1 QMS MS ISO 9001:2015 di MyAgeing®

Audit Pemantauan Semakan 1 QMS MS ISO 9001:2015 di MyAgeing®

 

Serdang, 23 September – Audit Pemantauan Semakan 1 Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015 oleh pihak SIRIM telah berlangsung dengan jayanya di Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®), Universiti Putra Malaysia.

Audit yang diketuai oleh Puan Siti Rahmah Ahmad memberi fokus kepada pematuhan dokumentasi dan pelaksanaan skop penyelidikan dan pengajian siswazah institusi. Hasil semakan menunjukkan semua proses berada dalam keadaan baik serta selaras dengan piawaian kualiti yang ditetapkan.

Terima kasih diucapkan kepada Ketua Auditor SIRIM, Puan Siti Rahmah Ahmad atas kerjasama dan panduan yang diberikan sepanjang proses audit berlangsung. Diharapkan seluruh warga kerja MyAgeing® akan terus komited dalam mengekalkan piawaian kualiti yang tinggi serta berusaha memperkukuh kecemerlangan institusi pada masa hadapan.

 

 

 

Tarikh Input: 26/09/2025 | Kemaskini: 26/09/2025 | n_asyikin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
W, (08:26:55am-08:31:55am, 09 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]