Bengkel Konsultansi Gender Serantau Kali-1 | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Bengkel Konsultansi Gender Serantau Kali-1

Bengkel Konsultansi Gender Serantau Kali-1

Pada 10-11 Julai 2017 yang lalu bertempat di Hotel Marriot Putrajaya, Felo Penyelidik Kanan MyAgeing UPM iaitu Dr. Jariah Masud telah dijemput untuk menjadi Fasilitator untuk Bengkel Konsultansi Gender Serantau Kali-1 yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan ASEAN 50. Melalui bengkel ini telah dibentuk satu pasukan teknikal untuk projek yang akan membangunkan Alat Pengarusutamaan Gender, Membangunkan Strategi Pengarusutamaan Gender ASEAN untuk Program, Perancangan Projek dan Pelaksanaan di bawah Suruhanjaya ASEAN mengenai Pelan Kerja 2016-2020 bagi Promosi dan Perlindungan Wanita dan Kanak-kanak (ACWC).

Pemilihan beliau sebagai salah seorang fasilitator ini dilihat sebagai satu pengiktirafan kepada MyAgeing yang mana turut menyokong dan membantu dalam usaha berkaitan kesejahteraan masyarakat terutama dalam konteks warga emas dan penuaan.

Tarikh Input: 09/10/2017 | Kemaskini: 09/10/2017 | mrizal

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEUWAY~