Bengkel Pemurnian Rekod Fail MyAgeing® Selaras DDMS 2.0 | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
» BERITA » Bengkel Pemurnian Rekod Fail MyAgeing® Selaras DDMS 2.0

Bengkel Pemurnian Rekod Fail MyAgeing® Selaras DDMS 2.0

Serdang, 18 April 2025 – Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®) telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Rekod Fail bertempat di Bilik Latihan MyAgeing®, sebagai langkah ke arah penyelarasan klasifikasi fail mengikut keperluan Sistem Digital Document Management System (DDMS 2.0) Universiti Putra Malaysia.

Bengkel ini dikendalikan oleh Pn. Siti Nadirah Mat Na’ain, dari Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia Pejabat Pendaftar, yang juga merupakan peneraju pelaksanaan sistem DDMS 2.0 di peringkat universiti. Beliau telah berkongsi panduan dan tatacara penyelarasan kod fail agar sejajar dengan klasifikasi fail universiti, serta turut membantu secara langsung dalam menyemak dan mengemaskini senarai rekod fail institut bersama peserta bengkel.

Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk memastikan rekod dan dokumen di peringkat institut ditadbir urus dengan lebih sistematik dan bersedia untuk pendigitalan penuh melalui DDMS 2.0.

Selaras dengan itu, Institut juga akan membangunkan satu garis panduan dalaman yang bertujuan memastikan setiap fail utama atau induk diurus dan dipelihara dengan baik, termasuk pemantauan berkala serta pelaksanaan amalan pengurusan rekod yang lebih teratur dan seragam mengikut keperluan universiti.

Pihak institut turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua staf yang telah meluangkan masa serta menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan bengkel ini. Kehadiran dan penglibatan aktif mereka amat penting dalam usaha memperkukuh tadbir urus rekod serta mempersiapkan MyAgeing® ke arah pengurusan dokumen secara digital sepenuhnya.

Tarikh Input: 22/04/2025 | Kemaskini: 22/04/2025 | n_asyikin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
W, (06:51:37pm-06:56:37pm, 22 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]