Bengkel Penjagaan Warga Emas Dementia Siri 1 | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Bengkel Penjagaan Warga Emas Dementia Siri 1

Bengkel Penjagaan Warga Emas Dementia Siri 1

Oleh: Norhanika Hanusi dan Siti Norhadirah Azman

SERDANG, 12 Mac 2023 - Bengkel Penjagaan Warga Emas Dementia Siri 1 dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™), UPM dan projek LRGS: Transforming Cognitive Frailty into Later-Life Self-Sufficiency (AGELESS).

 

Bengkel ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada PENJAGA warga emas demensia melalui perkongsian ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman oleh penceramah/fasilitator berpengalaman dalam penjagaan warga emas berkeperluan khas iaitu Puan Faezah Ali, Pengurus Jururawat, Pusat Jagaan Warga Emas Sri Mesra dan merupakan penulis buku 'Bisikan Hati: Aku Penjaga Nenek'.

Sepanjang bengkel ini, seramai 13 orang peserta telah diberi pendedahkan kepada mengenai NGO dan badan kerajaan yang memberi bantuan kepada penjaga warga emas. Selain daripada itu, peserta dapat berkongsi pengalaman menjaga warga emas yang mengalami masalah dementia serta cara mengendalikan dari segi pemakanan, sosial, rawatan serta kerohanian.

 

     

Tarikh Input: 13/03/2023 | Kemaskini: 14/03/2023 | lizamdnor

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEaQAF~