Bengkel Strategi Dan Pembangunan Kursus Micro-Credentials | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Bengkel Strategi Dan Pembangunan Kursus Micro-Credentials

Bengkel Strategi Dan Pembangunan Kursus Micro-Credentials

 

SERDANG, 1 Feb - Pusat Pembangunan Akademik (CADe) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) mengadakan Bengkel Strategi Dan Pembangunan Kursus Micro-Credentials bertempat di Bilik Latihan, MyAgeing™. Antara objektif bengkel ini adalah untuk menambaik kandungan Sijil Makro Pendayaupayaan Kewangan Peribadi MyAgeing™ yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Husniyah Abdul Rahim. Selain itu, pihak CADe juga membantu merancang pembangunan sijil makro yang lain.

Sementara itu, pihak MyAgeing sedang giat menyediakan bahan dan kandungan dalam usaha menawarkan empat (4) Sijil Makro iaitu Sijil Makro Pendayaupayaan Kewangan Peribadi MyAgeing™, Sijil Makro Pengurusan Warga Emas, Sijil Makro Gerontologi, dan Sijil Makro Pembangunan Keusahawanan Mikro Industri Penuaan dan Pendayaan Usahawan Senior.

Di akhir bengkel, Ketua Pembangun diminta menyediakan perancangan tarikh serta pelaksanaan aktiviti yang akan dijalankan bagi setiap kursus. Ini bertujuan bagi memantau kemajuan dan pencapaian dari semasa ke semasa. Semoga permohonan ini dapat berjalan dengan lancar dan sijil ini dapat ditawarkan pada tahun 2023 ini.

 

Tarikh Input: 01/02/2023 | Kemaskini: 20/04/2023 | ainulmardiyyah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEYQAF~