Capstone Design Project Exhibition 2017 | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Capstone Design Project Exhibition 2017

Capstone Design Project Exhibition 2017

SERDANG, 30 Mei - Dengan tema 'Assistive Technology for the Elderly', seramai 40 orang mahasiswa dari Jabatan Kejuruteraan Komputer dan Sistem Komunikasi, Fakulti Kejuruteraan UPM membuktikan keupayaan mereka dalam merekabentuk ciptaan produk untuk warga emas. Sebanyak 16 ciptaan telah dihasilkan di mana antaranya adalah i-SEJADA (sejadah), alat pengesan lokasi warga emas, i-HOME (sistem rumah pintar), i-walker, smart shoes dan sebagainya.

Pameran yang telah berlangsung pada 26 Mei 2017 di Tingkat 3, Bangunan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM ini telah dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (IPPM) UPM, Jabatan Kejuruteraan Komputer dan Sistem Komunikasi, Fakulti Kejuruteraan UPM dan Persatuan U3A Malaysia.

Tujuan pameran ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswa dalam merekabentuk produk yang dapat membantu warga emas dalam melakukan aktiviti harian. Secara tidak langsung, ianya juga akan dapat memupuk kesedaran dan keperihatinan golongan belia kepada golongan berusia. 

Tarikh Input: 30/05/2017 | Kemaskini: 30/05/2017 | mrizal

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXETKAH~