Gimnasium MyAgeingâ„¢ Telah Rasmi Dibuka Kepada Orang Awam | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Gimnasium MyAgeingâ„¢ Telah Rasmi Dibuka Kepada Orang Awam

Gimnasium MyAgeingâ„¢ Telah Rasmi Dibuka Kepada Orang Awam

SERDANG, 10 Januari - Gimnasium (gim) Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) dengan rasminya telah dibuka kepada orang awam. Perasmian pembukaan Gim ini telah dirasmikan oleh Pengarah MyAgeing™, Prof. Ir. Dr. Siti Anom Selasa lalu.

Hari Perasmian gim ini turut menerima kunjungan dari warga emas dari pelbagai Persatuan, staf Universiti Putra Malaysia (UPM) dan komuniti sekitar Serdang. MyAgeing™ telah menawarkan pakej keahlian RM10 untuk yang berdaftar pada hari pembukaan ini. Pemeriksaan kesihatan turut dijalankan kepada pengunjung yanga hadir pada hari pembukaan gim. Gim ini akan beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat jam 8: pagi hingga 5:00 petang.

Sementara itu, MyAgeing™ bermatlamat untuk dijadikan hub intelektual dan fizikal dalam penyelidikan dan pembangunan serta pengkomersilan (RDCI), pembangunan modal insan, khidmat profesional dalam bidang penuaan untuk meningkatkan kesejahteraan   warga emas, keluarga dan masyarakat. Selain itu, MyAgeing™ berfungsi sebagai pusat koordinasi kebangsaan untuk kajian berkaitan gerontologi, geriatrik dan geronteknologi.

Tarikh Input: 14/01/2023 | Kemaskini: 13/03/2023 | lizamdnor

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEZMAB~