Hari Terbuka Pusat Jagaan Harian Warga Emas (MyAgeingCares) | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Hari Terbuka Pusat Jagaan Harian Warga Emas (MyAgeingCares)

Hari Terbuka Pusat Jagaan Harian Warga Emas (MyAgeingCares)

Oleh: Ainul Mardiyyah Abdul Rahman

 


SERDANG, 1 April - Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) mengadakan Hari Terbuka Pusat Jagaan Harian Warga Emas (MyAgeingCares) bersempena Sambutan Ulang Tahun MyAgeing™ ke-20 tahun.

Program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat setempat berkenaan kemudahan yang disediakan di pusat jagaan harian. Selain itu, program ini juga merupakan sebagai satu platform untuk mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan.


Sepanjang program tersebut, pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuklah pameran, saringan kognitif, aktiviti kognitif serta lawatan. Para pengunjung juga diberi peluang untuk memakai set simulasi penuaan bagi merasai sendiri keadaan fizikal sebenar warga emas.

Tarikh Input: 03/04/2022 | Kemaskini: 06/04/2022 | lizamdnor

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEaHAJ~