Kursus Elderly Travel Care | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Kursus Elderly Travel Care

Kursus Elderly Travel Care

 

SERDANG, 13 Feb - Jawatankuasa Latihan dan Sumber Pembelajaran (TERA), Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) mengadakan Kursus Elderly Travel Care bertempat di Bilik Latihan, MyAgeing™. Kursus ini diadakan khusus kepada peserta yang berkhidmat sebagai “Makcik Travels” di bawah tajaan Auntie Wanders Enterprise. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MakCik Travels, Cik Siti Sarah Anuar.

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam memberi perkhidmatan penjagaan kepada warga emas di dalam negara. Kursus ini meliputi komponen-komponen utama penjagaan warga emas seperti kesihatan, pemakanan, mobiliti, penggunaan peralatan sokongan dan ubat-ubatan. Kursus ini juga akan menekankan teknik-teknik menangani masalah mental dan kognitif warga emas seperti komunikasi dan dementia.

Kursus ini akan dijalankan selama tiga (3) hari. Pada hari pertama, peserta diajar mengenai topik ‘masalah kesihatan dan limitasi dalam pergerakan, terminologi perubatan dan ubat-ubatan’. Sebagai aktiviti memanaskan badan, penceramah dan peserta melakukan senaman chairobik.

Seterusnya, kursus disambung dengan topik ‘komunikasi berkesan dengan warga emas’. Konsep utama dalam komunikasi adalah memahami dan empati. Peserta juga turut diminta berlakon menerusi skrip pendek yang telah diberikan oleh penceramah.

Topik terakhir adalah berkaitan ‘pemakanan warga emas’. Antara kaedah bagi meningkatkan status pemakanan warga emas adalah kuantiti makanan kecil tetapi kerap, buah-buahan, supplemen dan tidur dan rehat yang mencukupi. Peserta juga turut mencuba 3 resepi iaitu pasta sayuran, yong tau fu taucu dan sup wonton.

Sementara itu, kursus ini merupakan lanjutan kursus Siri 1 yang pernah diadakan pada 26 Oktober 2022 yang lalu. Bagi yang berminat untuk menyertai kursus anjuran MyAgeing™, sila kemukakan permohonan ke alamat e-mel: myageing@upm.edu.my / dir.ippm@upm.edu.my.  

 

 

Tarikh Input: 14/02/2023 | Kemaskini: 20/04/2023 | ainulmardiyyah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEUMAJ~