Kursus Elderly Travel Care (Hari Kedua) | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Kursus Elderly Travel Care (Hari Kedua)

Kursus Elderly Travel Care (Hari Kedua)

Kursus Elderly Travel Care (Hari Kedua)

SERDANG, 21 Feb - Jawatankuasa Latihan dan Sumber Pembelajaran (TERA), Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) telah mengadakan Kursus Elderly Travel Care khusus kepada peserta yang berkhidmat sebagai “Makcik Travels” di bawah tajaan Auntie Wanders Enterprise. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam memberi perkhidmatan penjagaan kepada warga emas.

Pada Hari Kedua, kandungan kursus meliputi menangani isu mobiliti warga emas, penilaian persekitaran dan mengenalpasti hazard persekitaran serta penggunaan alat sokongan dan teknologi harian.


Pada sesi pertama dan kedua (hari kedua), peserta diberi penerangan mengenai teori penuaan dan impak kepada mobiliti warga emas di samping peserta dapat mengaplikasikan teknik-teknik pemindahan yang betul dan selamat untuk menghindari kecederaan warga emas.

 


Seterusnya, kursus disambung dengan topik penilaian persekitaran dan mengenalpasti hazard persekitaran. Peserta didedahkan dengan mengenalpasti risiko hazard kepada warga emas.

Topik terakhir adalah berkaitan penggunaan alat sokongan dan teknologi untuk aktivti harian warga emas. Antara kaedah yang diajar adalah langkah-langkah pergerakan warga emas di katil tanpa bantuan , kebersihan diri warga emas agar dapat menjalani kehidupan yang aktif dan produktif, teknik-teknik memakai pakaian oleh warga emas yang mengalami kelemahan sebelah anggota badan serta posisi yang betul semasa makan di atas katil.

  

Semoga peserta mendapat ilmu yang bermanfaat dan diamalkan semasa menyantuni warga emas.

 

Tarikh Input: 21/02/2023 | Kemaskini: 21/02/2023 | norhanika

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEYCAL~