Kursus Elderly Travel Care (Hari Ketiga) | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Kursus Elderly Travel Care (Hari Ketiga)

Kursus Elderly Travel Care (Hari Ketiga)


Oleh: Nurul Asyikin Mohd Taib
 
SERDANG, 25 Feb - Jawatankuasa Latihan dan Sumber Pembelajaran (TERA), Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) telah mengadakan Kursus Elderly Travel Care khusus kepada peserta yang berkhidmat sebagai “Makcik Travels” di bawah tajaan Auntie Wanders Enterprise. Kursus ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran mereka semasa meneman warga emas di luar rumah.

Pada sesi pagi, peserta diajar mengenai cara menangani masalah nyanyuk. Peserta diterangkan secara menyeluruh topik demensia ini. Di dalam sesi soalan jawab, peserta mengambil peluang berkongsi pengalaman dan cari solusi terbaik untuk berhadapan dengan pelanggan yang mempunyai masalah demensia.

Sesi kedua, kursus disambung dengan topik Teknik Berjalan dengan Bantuan (Sighted guide). Ada 7 asas teknik yang dipelajari oleh setiap peserta. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan mereka membuat praktikal bagi setiap teknik yang dipelajari. Peserta diberikan panduan menggunakan teknik yang dipelajari dalam beberapa situasi seperti lorong sempit, jalan berhalangan, laluan u-turn, dan berkerusi.

Sesi petang, kursus diteruskan dengan sesi praktikal. Peserta diberikan panduan berjalan dengan bantuan di kawasan yang mempunyai pintu, bertangga, keluar masuk dari kereta serta mempunyai lif. Peserta diberikan panduan untuk menyesuaikan diri membantu warga emas dalam pelbagai situasi.

Kursus diakhiri dengan sesi penyampaian sijil kepada semua peserta oleh pengarah MyAgeing™, Prof Ir Dr Siti Anom diiringi oleh Cik Sarah, Ketua Pegawai Eksekutif Auntie Wanders Enterprises. Berakhirnya sesi bergambar pada petang ini maka berakhirlah Kursus Elderly Travel Care yang telah berlangsung selama 3 hari.

Semoga peserta mendapat ilmu yang bermanfaat dan diamalkan semasa menyantuni warga emas.

Tarikh Input: 27/02/2023 | Kemaskini: 14/03/2023 | lizamdnor

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEXUAN~