MyAgeing® JALANI AUDIT KENDIRI DAN PERTANDINGAN AMALAN EKSA 2025/2026 | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
» BERITA » MyAgeing® JALANI AUDIT KENDIRI DAN PERTANDINGAN AMALAN EKSA 2025/2026

MyAgeing® JALANI AUDIT KENDIRI DAN PERTANDINGAN AMALAN EKSA 2025/2026

 
Serdang, 17 Julai – Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melaksanakan Audit Kendiri dan Pertandingan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) 2025/2026 sebagai persediaan menghadapi Penilaian Peringkat Kedua Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja: EKSA MyAgeing® Tahun 2025/2026.

Audit kendiri melibatkan semua zon EKSA di MyAgeing®, manakala pertandingan yang dijalankan merangkumi empat kategori iaitu Zon Terbaik, Sudut Informasi Terbaik, Kreativiti dan Inovasi daripada Bahan Terpakai serta Ruang Kerja Terbaik. Penilaian telah dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksanaan EKSA MyAgeing® dengan penglibatan pegawai penilai yang dilantik.

Penyelaras Jawatankuasa Pelaksanaan EKSA MyAgeing® berkata audit kendiri ini bukan sahaja bertujuan menilai tahap pematuhan terhadap standard EKSA, malah membantu mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif, sistematik dan berkualiti.

Pelaksanaan Audit Kendiri dan Pertandingan Amalan EKSA ini mencerminkan komitmen berterusan warga MyAgeing® dalam membudayakan amalan EKSA di tempat kerja serta memperkukuh kesiapsiagaan institut menjelang Penilaian Peringkat Kedua EKSA Tahun 2025/2026.
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 22/07/2026 | Kemaskini: 22/07/2026 | n_asyikin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
W, (11:08:19pm-11:13:19pm, 22 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]