Kursus ‘Introduction To Personal Financial Planning Towards Retirement Preparedness’ | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Kursus ‘Introduction To Personal Financial Planning Towards Retirement Preparedness’

Kursus ‘Introduction To Personal Financial Planning Towards Retirement Preparedness’

KUALA LUMPUR, 29 November - Hab Pendidikan dan Literasi Kewangan (MyFiLE), Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeingTM) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Titiwangsa mengadakan Kursus ‘Introduction To Personal Financial Planning Towards Retirement Preparedness’ bertempat di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur.

Kursus ini mensasarkan peserta khusus dalam kalangan warga kerja seliaan Pejabat Kesihatan Titiwangsa bertujuan bagi memperkasakan amalan perancangan kewangan jangka panjang dan persaraan demi mempertingkatkan kesejahteraan kewangan. Selain itu, kursus ini mendidik peserta tentang perancangan kewangan jangka panjang serta memperkenalkan Hab Pendidikan dan Literasi Kewangan (MyFiLE) serta perkhidmatan yang ditawarkan. 

 

Antara kandungan kursus merangkumi aktiviti ceramah dan permainan 'Mount Tikimanjaro'. Di akhir kursus, peserta dapat memupuk tabiat perancangan kewangan jangka panjang pada setiap peringkat atau peristiwa dalam kehidupan seperti alam perkahwinan, membina keluarga, mengerjakan haji dan ditimpa musibah atau berlaku kematian. Di samping itu, peserta juga mempunyai dana yang mencukupi bagi memenuhi keperluan kewangan pada masa hadapan dan menempuh alam persaraan dengan selesa.

Tarikh Input: 30/11/2022 | Kemaskini: 30/11/2022 | ainulmardiyyah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEYFAf~