Kursus Kesedaran EKSA | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Kursus Kesedaran EKSA

Kursus Kesedaran EKSA

10 Ogos 2022 (UPM, SERDANG) - Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) telah mengadakan Kursus Kesedaran EKSA pada 10 Ogos 2022 di Bilik Latihan, MyAgeing™ bermula dari jam 9 pagi sehingga 12 tengahari.
 
 
Kursus ini telah dihadiri oleh staf MyAgeing™ dan pelajar Latihan Industri. Kursus ini turut dihadiri oleh Pengarah MyAgeing™ Prof. Ir. Dr. Siti Anom Ahmad dan Penolong Pendaftar, Puan Farah Deena Binti Zainol. Urusetia mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dari pihak pengurusan MyAgeing™.
 
Taklimat Pemantapan Pelaksanaan Amalan Kualiti Persekitaran Tempat Kerja (EKSA) UPM telah disampaikan sendiri oleh Puan Nurul Asyikin Mohd Taib selaku Penyelaras dan Setiausaha Ahli Jawatankuasa EKSA MyAgeing™. Taklimat yang kedua pula disampaikan oleh Fasilitator EKSA UPM iaitu Encik Mohd Sahrizan Mat Yatim dari Pusat Alumni, UPM. Pihak urusetia mengucapkan terima kasih atas komitmen Encik Mohd Sahrizan sudi hadir memberikan taklimat kursus kepada staf MyAgeing™.
 
 
 
Seterusnya soalan kuiz dalam bentuk google form diajukan kepada peserta sebagai ulangkaji pengetahuan EKSA yang telah diperolehi.
 
Sebelum mengakhiri Kursus Kesedaran EKSA, Pengerusi JK EKSA MyAgeing™ Puan Farah Deena Zainol telah memberikan sepatah dua kata agar staf MyAgeing™ mula membudayakakan EKSA dalam organisasi dan seterusnya menyampaikan cenderahati kepada En Sahrizan.
 
 
 
Laporan disediakan oleh:
Norhanika Hanusi
Ketua JK Latihan

Tarikh Input: 12/08/2022 | Kemaskini: 12/08/2022 | norhanika

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXDdSAS~