SERDANG, 31 Julai – Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®) UPM, telah menerima kunjungan juri sempena Sesi Penjurian Pertandingan Anugerah Sudut Bacaan Read@Uni UPM. Sesi penjurian telah berlangsung dengan lancar dan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Puan Noor Syafini Zamani dan Puan Emelda Mohd Hamid dari Perpustakaan Sultan Abdul Samad atas kesudian meluangkan masa serta berkongsi kepakaran dalam proses penilaian yang dijalankan.
Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Pegawai Bertanggungjawab Sudut Bacaan, Jawatankuasa Pelaksana EKSA dan seluruh warga MyAgeing® atas komitmen serta kerjasama dalam menjayakan sesi penjurian ini. Semoga usaha yang dilaksanakan dapat terus memperkukuh budaya membaca, pembelajaran sepanjang hayat dan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada warga institut serta komuniti, khususnya warga emas
Tarikh Input: 17/08/2026 |
Kemaskini: 17/08/2026 | n_asyikin
PERKONGSIAN MEDIA